Soalan 2: Bagi anda yang masih belum beranak, apakah kesan atau pengaruh paling besar daripada didikan ibubapa anda ketika anda masih kecil?
Jawapan: Kesannya adalah semasa anak-anak meningkat dewasa nanti. Jika dahulu mereka takut untuk melakukan kesalahan, bila besar dan mereka duduk berjauhan dari keluarga, mereka akan cuba untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak dapat lakukan pada masa dahulu. Pada saat itu, mereka akan memberontak, melakukan sesuatu yang menyalahi undang dan sebagainya. Ada juga anak-anak yang akan lambat untuk bergaul dengan persekitaran kerana mereka tidak dapat bersosial semasa bersama keluarga.
Ruzaidi Kardi
Ampang Selangor