Cari:
Komen tentang "Ibu Harimau" dari Sharifah Nawar
2011-04-12 11:48:58 CRI Cetak
Saya masih belum berkahwin mungkin akan mendirikan rumah tangga saya pada 20.11.2011 nanti. Topik ini memang kena dengan saya yang mempunyai seorang ibu yang garangnya lebih dari harimau. Bahkan ditempat kerja pun beliau dikenali sebagai THE TIGER. Sungguhpun begitu cara dia berkesan kerana pendekatan itu hanya digunakan untuk mendidik dan menegur. Kami sedar itu cara didikan yang beserta dengan didikan agama juga , dan saya dan 3 lagi adik beradik saya berasa jika ibu saya tidak begitu, pastinya kami tidak akan berjaya. Garangnya bertempat. Di tempat kerja pun kami mendapat berita bahawa ramai yang dibawah bimbingannya sudah berjaya dan dikenali ramai. Namun kegarangannya sudah terhakis selepas kami dewasa tetapi saya akan hanya praktik 40 peratus sahaja cara pendekatan ibu saya, 60 peratus lagi adalah menerusi kompromi dan kasih sayang apabila ada anak nanti.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China