Cari:
Komen tentang "Melancong Berpakej atau Mandiri" daripada Zaihan Harun
2011-05-05 08:27:42 CRI Cetak

Baru-baru ini (28 April 2011 - 2 Mei 2011) saya mengikuti trip ke Beijing. Ya, pakej. Pada pendapat saya, sama ada berpakej atau mandiri masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya.

Saya melancong secara berpakej, kerana lebih mudah dan murah, dan dapat pergi dalam kumpulan yang ramai sambil berkenalan dengan rakan-rakan baru. Dan juga adanya pemandu pelancong yang sangat membantu. Tetapi, bagaimanapun saya berharap dapat melancong secara mandiri kerana:-

Berpakej:
Kelebihannya ialah mungkin lebih murah berbanding mandiri. Semuanya telah disediakan, tidak perlu pening kepala hendak mencari tempat penginapan atau tempat makan yang sesuai. Sesuai bagi mereka yang bertujuan untuk membeli belah, kerana kebiasaannya lawatan ke tempat-tempat bersejarah biasanya dihadkan masa. Bagi yang benar-benar mahu menikmati pemandangan dan menghayati sejarah sesuatu tempat itu, mungkin lebih baik pergi secara mandiri, atau dengan kumpulan yang mempunyai minat yang sama.

Mandiri:
Mungkin perbelanjaan lebih, masalah transportasi dan tempat makan tetapi kelebihannya, kita dapat meninjau sesuatu kawasan bersejarah dengan lebih lama, dapat meneliti seni bina dan hiasan-hiasan sesuatu binaan sekaligus mengagumi kebijaksanaan arkitek-arkitek dan pereka-pereka zaman dahulu. Selain itu, mungkin juga berpeluang mendalami budaya dan cara hidup masyarakat di sana. Seperti saya, saya sangat meninati bidang seni, jadi saya berharap saya dapat mengenali dengan lebih dekat kesenian di China, terutama dalam bidang seni lukis, seni bina dan kesusasteraan. Sayang sekali kunjungan saya ke Beijing baru-baru ini, saya tidak berkesempatan untuk mengenali lebih dekat bidang-bidang seni yang saya sebutkan tadi. Bagaimanapun, saya berharap satu hari nanti saya berpeluang mendekati dan mempelajari jika tidak banyak, sedikit pun cukuplah untuk mendapat pengalaman. Tetapi jujurnya, walaupun berpakej dan terkejar-kejar ke sana ke mari, trip pertama saya ke Beijing sangat menyeronokkan dan tak akan saya lupakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China