Pemandangan budaya Tasik Barat di bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang berjaya disenaraikan dalam senarai Senarai Warisan Sedunia oleh UNESCO pada bulan lalu. Setakat ini, jumlah warisan sedunia di China sudah meningkat kepada 41 buah. Antaranya termasuk 29 buah Warisan Budaya Sedunia, 8 buah Warisan Alam Sekitar Sedunia dan 4 buah Warisan Budaya dan Alam Sekitar Sedunia.
Pada pandangan Suruhanjaya Warisan Sedunia, pemandangan budaya dan alam di Tasik Barat menonjolkan konsep kecantikan orang China dalam pembinaan taman. Ini juga menampilkan konsep orang China yang mementingkan keharmonian antara alam sekitar dan manusia. Kawasan peranginan Tasik Barat bukan sahaja memberikan pengaruh kepada kawasan-kawasan lain di China, tapi juga mempengaruhi seni reka bentuk taman di negara-negara jiran seperti Jepun dan Korea.
Menurut Suruhanjaya Warisan Sedunia, tujuan permohonan penyenaraian Tasik Barat dalam senarai Warisan Sedunia adalah untuk memelihara Tasik Barat supaya generasi akan datang juga dapat menikmati pemandangan yang sama. Hal ini sudah menimbulkan perbincangan tentang perkembangan berterusan pemandangan alam dan budaya. Ini bukan sahaja berkait rapat dengan masa depan Tasik Barat, tetapi juga dengan masa depan pemeliharaan pemandangan alam dan budaya di seluruh negara China. Dengan itu, lahirlah sebutan bahawa gelaran Warisan Sedunia bukan glamor semata-mata, tetapi satu kewajiban dan tanggungjawab yang berat.
Pada pendapat anda, adakah permohonan untuk disenenaraikan dalam senarai Warisan Sedunia satu langkah yang berkesan untuk memelihara tapak peninggalan sejarah dan pemandangan alam serta budaya bangsa dan negara sendiri?
Apakah tujuan sebenar gelaran Warisan Sedunia?
Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan "Suara Sutera" pada 20 July nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.