Pada penghujung tahun lalu, dasar baru untuk menangani kesesakan lalu lintas telah dicapai oleh kerajaan Beijing. 28 langkah yang diputuskan termasuklah pemberian sijil pendaftaran kereta melalui sistem cabutan, menambah laluan khas untuk kenderaan awam dan meningkatkan bayaran letak kereta di kawasan pusat bandar dan sebagainya. Setelah langkah-langkah tersebut dilaksanakan selama lebih setengah tahun, apakah keadaan bandar Beijing sekarang? Adakah situasi kesesakan lalu lintas dapat diredakan?
Menurut statistik Jawatankuasa Lalu Lintas Beijing, indeks kesesakan lalu lintas dalam kawasan pusat bandar Beijing sudah turun secara ketara. Misalnya indeks purata lalu lintas masa-puncak dalam kawasan tersebut pada hari kerja didapati ialah 4.4. Ini penurunan sebanyak 26.9% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu.
Tetapi pada masa yang sama, 52.77% pengundi dalam soal selidik umum pada penghujung bulan Jun lalu berpendapat langkah-langkah menangani kesesakan jalan tersebut tidak berkesan. Menurut hasil soal selidik yang sama, seramai 42.9% pengundi menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap pemberian sijil pendaftaran kereta melalui sistem cabutan, manakala 30% merasakan langkah tersebut berguna, tetapi masih perlu diubahsuai menjadi lebih terperinci.
Dengan kenaikan tinggi dalam kadar bayaran letak kereta, dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini jumlah kereta yang berulang alik di kawasan pusat bandar menurun 12%. Bejing sebenarnya kekurangan tempat letak kereta. Jumlah tempat letak kereta di seluruh bandar Beijing mencatat 2.5 juta buah, nisbah tempat letak kereta dengan jumlah kereta hanya 0.63:1. Ini jauh lebih rendah daripada piawaian antarabangsa, iaitu 1.15-1.3:1.
Bagaimana langkah yang selanjutnya untuk terus menangani kesesakan lalu lintas? Keadaan lalu lintas berkait rapat dengan kehidupan harian kita semua. Moga-moga pengalaman Beijing dalam menangani kesesakan lalu lintas boleh menyumbangkan sedikit sebanyak kepada negara-negara di Asia Tenggara.
Apakah keadaan lalu lintas bandar raya di negara anda sendiri? Apakah langkah yang dilaksanakan pihak berkuasa untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas? Anda dialu-alukan berkongsi pandangan dengan kami dalam ruangan Suara Sutera pada 24 dan 31 Ogos nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.