Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Pasar Raya Amal"
2011-08-15 12:22:33 CRI Cetak

Sejak bulan Mei lalu, empat buah "Pasar Raya Amal" yang diuruskan oleh pihak pentadbiran Daerah Xicheng, bandar Beijing sudah mula beroperasi di kawasan Jalan Xinjiekou, Desheng, Shichahai dan Guanganmenwai. "Pasar Raya Amal" tersebut menggabungkan tiga konsep iaitu "pasar raya", "sumbangan" dan "pekerja sukarelawan". Ini percubaan Kementerian Hal Ehwal Awam China untuk menubuhkan sistem amal yang berdikari.

Menurut statistik, lebih 8,000 buah pasar raya amal sudah dibuka di seluruh China menjelang penghujung tahun 2010. Namun kebanyakan pasar raya ini berfungsi menerima sumbangan dan mendermakan barang-barang keperluan harian kepada mereka yang dalam kemiskinan. Kos operasi Pasar Raya Amal itu masih bergantung pada belanjawan kerajaan.

Walaubagaimanapun "Pasar Raya Amal" dianggap program yang agak baik dan berguna untuk membantu orang dalam kesusahan serta menyeru orang ramai untuk turut membantu. Orang ramai bolehlah menyumbangkan barang-barang yang terpakai atau yang tidak akan digunakan lagi kepada "Pasar Raya Amal". Pada masa yang sama, sebahagian daripada bayaran pelanggan yang membeli-belah di "Pasar Raya Amal" ini juga akan disumbangkan kepada aktiviti amal. Menurut pagawai Pasar Raya Amal di kawasan Jalan Xinjiekou, daripada pendapatan jualan pasar raya ini, untung bersih akan disumbangkan kepada Pusat Pendermaan di bawah pimpinan Biro Hal Ehwal Awam Daerah Xicheng.

"Pasar Raya Amal" rupanya sama dengan pasar raya yang biasa, cuma disediakan ruangan khas untuk Palang Merah dan Persatuan Orang Kurang Upaya. Pendapatan daripada ruangan khas ini semuanya akan diberikan kepada Palang Merah dan Persatuan Orang Kurang Upaya untuk digunakan dalam aktiviti amal. Selain itu, ada ruangan lain pula untuk barang-barang dermaan sesuatu perusahaan. Barang-barang dijual di ruangan ini akan ditanda dengan nama syarikat dan seluruh pendapatannya akan digunakan dalam usaha kebajikan masyarakat dan aktiviti amal.

Konsep "Pasar Raya Amal" lahir pada tahun 1902 dan berasal dari A.S. Apabila hujung minggu tiba, ramai penduduk akan menyumbangkan barang-barang kepada "kilang amal". Dengan resit sumbangan mereka boleh menikmati rebat cukai dan membeli-belah di pasar raya amal dengan harga yang murah.

Pasar raya amal merupakan percubaan untuk menggabungkan mekanisme perniagaan dengan usaha amal. Gaya "depan kedai, belakang kilang" boleh menyelesaikan masalah kekurangan peluang kerja bagi ramai penganggur dan orang kurang upaya.

Di Britain pula, staf kedai amal atau pasar raya amal kebanyakannya sukarelawan tanpa gaji. Barang-barang dijual di kedai atau pasar raya amal pula adalah sumbangan yang tidak memerlukan bayaran.

Sebenarnya, program "Pasar Raya Amal" memerlukan penyertaan setiap lapisan masyarakat. Kita sendiri boleh membeli-belah di pasar raya amal. Di samping kita mendapat barang keperluan, kita juga sudah membuat amal. Ini situasi menang-menang kan?

Selain itu kita juga boleh menyumbang barang-barang di rumah kita yang tidak diperlukan lagi kepada "Pasar Raya Amal" atau memohon menjadi sukarelawan di pasar raya tersebut.

Anda dialu-alukan berkongsi pandangan tentang "Pasar Raya Amal" dalam ruangan Suara Sutera pada 7 September nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China