Terima kasih kepada CRI atas penjelasan yang dibuat seperti yang tertera di atas. Sememangnya sukar bagi saya untuk mempercayai berita yang menyebutkan bahawa berlaku penindasan ke atas Umat Islam di Negara China, khusus nya di wilayah-wilayah yang majoritinya yang beragama Islam seperti di Xinjiang.
Dari berita-berita dan filem2 dokumentari yang pernah dibuat oleh RTM sendiri yang di siarkan dalam slot "SYAHADAH" pada Ramadhan tahun lepas dan sebelumnya, nyata sekali umat Islam di China mendapat layanan yang sama seperti yang dinikmati oleh rakyatnya yang bukan beragama Islam. Buktinya terdapat pusat pengajian tinggi Islam yang dibiayai pihak pemerintah. Masjid-masjid yang baru di bina juga mendapat bantuan pemerintah.
Pada tahun lepas jumlah Jamaah Haji dari China bertambah ramai disebabkan adanya kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak berwajib yang membolehkan para Jamaah dapat berangkat ke Tanah suci daripada melalui beberapa lapangan terbang yang sebelumnya hanya melalui Beijing. Saya percaya, pada tahun ini jamaah dari China mungkin mencecah 15,000 orang.
Saya percaya berita-berita negatif mengenai keadaan yang berlaku di Xinjiang itu sengaja direka-reka oleh apa yang disebut sebagai "PUAK PEMISAH" dan UTUSAN MALAYSIA hanya sekadar menyiarkan berita itu sebagai satu berita sahaja. Pada pandangan saya hukuman yang dikenakan terhadap para penjenayah, tidak kira siapa, memang tegas dan berat. Sebab itulah jenayah berat kurang terjadi di China Ini komen saya....Maaf.