Sekiranya timbul sebarang masalah dalam hubungan perkahwinan, kita perlu sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Menurut kebanyakan buku usaha diri atau bahan rujukan hubungan antara lelaki dan wanita, ada banyak langkah-langkah yang disyorkan dalam membaikpulih dan menyelamatkan perkahwinan yang hampir retak.
Bagi mereka yang berjaya mengekalkan keharmonian rumah tangga, mungkin ada apa-apa rahsia yang boleh dikongsi bersama, tidak kiralah sama ada dengan yang sudah berkahwin ataupun bakal melangkah masuk ke alam perkahwinan.
Akan tetapi, tidak semua hubungan dapat kekal hingga ke akhir hayat. Kadang kala "panas tidak sampai ke petang". Berikutan perceraian, mungkin timbul pula beberapa masalah seperti kos membesarkan anak dan isu pengagihan harta sepencarian.
Bulan Ogos lalu, tafsir kehakiman baru terhadap undang-undang perkahwinan sudah diumumkan oleh Mahkamah Tertinggi China. Banyak perihal yang menyulitkan proses menguruskan hal ehwal penceraian kini dapat difahami dengan lebih jelas dan tepat. Selain itu, kepentingan pihak pemilik harta dapat dipelihara dengan lebih sempurna. Contohnya, harta tak alih yang diberikan oleh ibubapa kepada anak mereka selepas anak itu berkahwin akan dikelaskan sebagai hadiah sekiranya didaftar bawah nama anak tersebut. Maka harta tersebut akan dianggap sebagai harta persendirian dan bukanlah harta sepencarian.
Bagaimana pula keadaannya di tempat anda sendiri? Anda dialu-alukan berkongsi pandangan anda dalam hal ini dalam ruangan Suara Sutera pada 28 September nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.