Kemajuan sains dan teknologi semakin hari semakin memudahkan kehidupan golongan orang kurang upaya (OKU) yang tinggal di bandar raya. Sebenarnya kemudahan-kemudahan OKU seperti laluan untuk orang buta, tandas tanpa halangan di tempat awam seperti pusat beli-belah, taman, panggung wayang, perpustakaan dan lain-lain, tempat duduk OKU dalam kenderaan awam sepatutnya terangkum dalam infrastruktur asas pembinaan sesebuah bandar.
Sempena Sukan Olimpik dan Paralimpik 2008 di Beijing, kemudahan-kemudahan OKU di bandar Beijing giat dipertingkatkan. Kemudahan-kemudahan tanpa halangan tersebut disediakan di merata-rata tempat di pusat bandar.
Tidak boleh dinafikan bahawa negara-negara maju lebih berpengalaman dalam hal pembinaan kemudahan OKU.
Di Jepun, badan bas boleh menyenget ke sebelah tepi jalan untuk memudahkan warga emas dan OKU melangkah masuk ke dalam bas. Kini 60% bas yang beroperasi di Kyoto adalah jenis "non-step bus" tersebut. Ini contoh yang baik untuk menunjukkan teknologi penghasilan kenderaan yang canggih di Jepun digunakan untuk perkhidmatan awam.
Di Britain terdapat kira-kira 11 juta OKU. Daya penggunaan golongan tersebut mencatat 80 bilion pound pada setiap tahun. Produk atau perkhidmatan yang khusus disediakan untuk OKU amat dialu-alukan. Antaranya pakaian yang direka khusus untuk para OKU ialah contoh yang agak baik. Syarikat-syarikat pakaian OKU sentiasa mengunjungi hospital, "rumah jagaan" (retirement home), sekolah OKU dan pelbagai komuniti untuk mengambil ukuran badan penduduk OKU. Ketika mereka pakaian, mereka akan mengambil kira cadangan para OKU dan menjemput sukarelawan untuk mencuba pakaian baru. Setelah diubahsuai sewajarnya pakai tersebut akan dijual di pasaran.
Di Singapura, kemudahan lalu lintas tanpa halangan untuk para OKU dapat dilihat di merata-rata tempat. Antaranya, lintasan zebra perlu selebar 1.5 meter. Untuk lebih memudahkan mereka, sekurang-kurangnya satu pintu masuk dan keluar di setiap stesen keretapi bawah tanah disediakan lif, laluan tanpa halangan dan tanda khas untuk OKU.
Boleh dikatakan bahawa kemudahan tanpa halangan salah satu tanda sama ada bandar raya itu cukup selesa untuk didiami ataupun tidak.
Anda dialu-alukan berkongsi pandangan tentang "Bandar Tanpa Halangan" dalam ruangan Suara Sutera pada 5 Oktober nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.