Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Pagi Isnin Jejaskan Kesihatan?"
2011-11-08 14:21:27 CRI Cetak

Pernahkah saudara membaca atau mendengar satu pandangan yang berbunyi "pagi Isnin jejaskan kesihatan"? Ayat ini digunakan oleh CNN A.S. ketika melaporkan satu hasil pengajian tentang hubungan kesihatan manusia dengan hari Isnin sama ada dari segi fisiologi ataupun psikologi. Tajuk "Pagi Isnin Jejaskan Kesihatan" terang-terang ditulis dalam laporan CNN itu.

Menurut hasil kaji selidik yang diterbitkan dalam sebuah majalah perubatan Britain lebih kurang 10 tahun yang lalu, jumlah kes kematian akibat penyakit jantung arteri koronari di kawasan Scotland pada hari Isnin lebih tinggi berbanding hari-hari yang lain. Setakat ini belum ada penjelasan yang rasional oleh ahli sains. Ada yang berpendapat bahawa hal ini mungkin berkaitan dengan cara cuti hujung minggu dihabiskan. Ada yang terlalu relaks dan minum arak serta berparti. Akibatnya tubuh badan tidak mudah menyesuaikan diri dengan keadaan bekerja pada hari Isnin.

Selain itu, ada pula kajian tentang tekanan darah manusia. Menurut hasilnya, tekanan darah akan meningkat pada pagi Isnin terutamanya mereka yang perlu pergi bekerja pada hari tersebut.

Walaubagaimanapun, "penyakit sindrom hari Isnin" lebih mudah dikategorikan sebagai masalah psikologi bagi kebanyakan orang. Perasaan malas dan mengantuk pada hari Isnin adalah biasa pada tempoh tersebut yang dianggap masa peralihan dari cuti hujung minggu ke satu minggu yang baru.

Bagaimana pula keadaannya di tempat anda sendiri?

Anda dialu-alukan berkongsi pandangan anda dalam hal ini dalam ruangan Suara Sutera pada 16 November nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China