Cari:
Tahu Tak: Peribahasa China "Le Bu Si Shu"
2011-11-10 13:48:27 CRI Cetak

Peribahasa China "Le Bu Si Shu" berasal daripada satu peristiwa yang berlaku pada zaman kerajaan Tiga Negeri (tahun 220-280 Masihi). Kalau diterjemahkannya secara langsung dari bahasa China ke bahasa Melayu, Le Bu Si Shu bermaksud "terlalu seronok sampaikan lupa akan negeri Shu".

Peribahasa China ini selalu digunakan untuk mempersendakan orang atau golongan yang hanya tahu mencari keseronokan sahaja sampaikan lupa akan tanggungjawab dan rumah tangganya. Peribahasa ini memberikan pengajaran bahawa dalam apa jua keadaan, kita bukan sahaja tidak patut berhenti daripada mengejar cita-cita, malahan perlu lebih tegas dengan diri sendiri, beraspirasi tinggi, menjauhkan diri daripada godaan untuk bersuka ria dan berjuang dengan sepenuh tenaga untuk mencapai segala apa yang diaspirasikan.

Selain itu, peribahasa ini juga boleh digunakan untuk menggambarkan atau memuji sesuatu tempat atau perkara yang cukup menarik sehingga menjadikan kita leka.

Pernahkah saudara mendengar atau membaca cerita yang memberikan pengajaran yang serupa ini? Jika ada, jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami di ruangan "Salam" pada 18 November nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China