Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Masih Wujudkah Jurang Antara Lelaki dan Wanita"?
2011-11-22 15:54:11 CRI Cetak

Pindaan terhadap undang-undang pewarisan takhta di Britain sudah diluluskan. Jadi menurut undang-undang pewarisan takhta yang baru, sekiranya anak pertama Putera William dengan Kate adalah seorang perempuan, puteri tersebut tidak akan dikecualikan dalam pewarisan takhta semata-mata kerana jantinanya.

Pindaan terhadap undang-undang yang sudah dilaksanakan selama lebih 300 tahun yang dianggap diskriminasi terhadap kaum wanita dilakukan mengikut draf syor yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Britain.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sebenarnya masih belum ada sebarang negara di dunia ini yang benar-benar berjaya merealisasikan kesamarataan antara lelaki dan wanita.

WEF, iaitu Forum Ekonomi Sedunia Pertubuhan Bukan Bertujuan Mendapat Keuntungan Switzerland baru-baru ini menerbitkan satu laporan, iaitu Laporan Jurang Antara Lelaki Dan Wanita Global Tahun 2010. Menurut laporan tersebut, Iceland menunjukkan jurang antara lelaki dan wanita yang paling kecil di dunia, diikuti Norway, Finland, Sweden dan New Zealand. Manakala Yemen, Chad dan Pakistan menunjukkan jurang yang paling besar.

Walaupun jurang antara lelaki dan wanita lebih kecil di negara maju, tetapi jumlah pekerja wanita di negara-negara maju memberikan pengaruh yang semakin besar kepada peningkatan kedudukan kaum wanita di negara-negara membangun seperti China.

Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Sedunia, Klaus Schwab menyatakan bahawa jurang antara lelaki dan wanita berkait langsung dengan keadaan ekonomi sebuah negara. Sekiranya sesebuah negara ingin terus makmur dan membangun, maka kaum wanita di negara itu mesti mendapat layanan yang sama adil dengan kaum lelaki.

Apakah pandangan anda mengenai jurang antara lelaki dan wanita? Bagaimana pula keadaannya di tempat anda sendiri?

Anda dialu-alukan berkongsi pandangan anda dalam hal ini dalam ruangan Suara Sutera pada 23 dan 30 November nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China