Cari:
Selamat Hari Jadi, CRI!
2011-11-25 11:45:45 CRI Cetak

Pada 3 Disember 1941, siaran bahasa Jepun Radio Xinhua mula dipancarkan dari Yan'an, provinsi Shaanxi. Dengan tertubuhnya Radio Antarabangsa China atau lebih dikenali sebagai CRI, ia juga membuka lembaran penyiaran ke luar negara China. Tidak lama lagi CRI akan menyambut ulang tahun ke-70 penubuhannya.

Sempena sambutan ulang tahun, sebuah rancangan khas akan disiarkan dalam ruangan Salam pada 2 Disember 2011. "Selamat Hari Jadi" atau "Sheng Ri Kuai Le" dalam bahasa Mandarin dipilih sebagai tajuk untuk rancangan tersebut.

Sebagai pendengar setia CRI anda dialu-alukan berkongsi apa-apa kisah yang pernah berlaku antara anda dengan CRI. Anda juga dijemput untuk menyampaikan ucapan selamat kepada CRI sempena ulang tahunnya pada 3 Disember nanti.

Kisah-kisah dan ucapan-ucapan yang kami terima akan disampaikan dalam ruangan Salam pada 2 Disember nanti. Mereka yang sudi menulis kepada kami akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China