Cari:
Noriani: Salam Maal Hijrah 1433H--Penghijrahan Menggapai Kejayaan
2011-11-28 09:15:42 CRI Cetak

Seperti perutusan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, sambutan Maal Hijrah 1433H bersamaan 2011 Masehi merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Penghijrahan itu telah mengubah senario dan lanskap dunia. Umat Islam pada ketika itu telah berubah daripada umat yang ditindas kepada umat yang kuat dan gagah dan mampu memerintah dan mentadbir Madinah sekaligus memiliki kerajaan sendiri. Kini umat Islam bebas bergerak dan mengembangkan dakwah Islam ke mana sahaja.

Begitu juga dengan kita. Jika kita tidak berani melakukan penghijrahan untuk diri kita, kita akan terus ketinggalan. Penghijrahan bagi rakyt Malaysia untuk membuat Transfomasi dan menyokong usaha memertabatkan bangsa samada di dalam atau pun di persada antarabangsa. Saya masih ingat pesanan Datuk Seri Najib semasa bertemu di Nanning, China,ketika mengusahakan temuramah khas CRI dengan PM. Lakukan yang terbaik untuk diri dan bangsa. Dan saya membalasnya dengan berkata, Saya bangga menjadi rakyat Malaysia!

Sempena tahun baharu Islam ini, wajar kita bersyukur dengan kelebihan yang kita ada. Kita mewarisi negara yang masih aman dan mampu kita bergerak bebas, berpeluang untuk mencipta kejayaan untuk anak cucu kita nanti. Amat malang bila melihat di negara Islam lain yang masih hanyut daam kekacauan yang tiada noktah, kemajuan bangsa dihambat dengan kerakusan kuasa. Semoga Malaysia dijauhkan daripada malapetak itu.

Berada di Beijing merupakan penghijrahan menggapai kejayaan dalam kerjaya. Moga penghijrahan ini memberi erti dalam kehidupan seorang insan bernama Noriani. Terima kasih kepada Encik Khalit, Penasihat Menteri di Kedutaan Malaysia di Beijing yang mengingatkan tentang doa sempena Maal Hijrah.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 100 yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
Amin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China