Cari:
Noriani: Disember, Bulan penuh Kelahiran...
2011-12-03 08:45:38 CRI Cetak

Bila terbaca tajuk Blog kali ini, janganlah berkerut muka nak tahu apa yang tersirat. Sebenarnya kelahiran itu subjektif. Tapi kali ini, nak ambil kesempatan mengucap tahniah kepada semua warga CRI sempena Ulangtahun ke 70, Selamat Hari Jadi kepada Melur, Kesuma hari ini, Sharifah Farah yang akan menyambut bersama-sama dengan Mak Su Yah pada 18 Disember dan kepada sahabat karib, Rooching pada 23 Disember nanti.

Disember juga akan menyaksikan kelahiran hubungan baharu dalam institusi kekeluargaan, kerana banyak sungguh undangan perkahwinan yang diterima. Tahniah kepada Sharifah Farah Barakbah, Selamat Pengantin Baharu pada 10 Disember nanti.

Disember juga bulan menanti kelahiran cinta baharu. Dari seorang ibu kepada anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari. Seperti yang kini dirasai oleh Puan Wenwen. Kelahiran yang akan menyempurnakan hidup berkeluarga.

Bagi diri ini, juga ada suatu kelahiran. Keinsafan terhadap hikmah yang Tuhan anugerahkan . Disember ini bulan sentimental juga kerana kita akan menghabiskan sisa waktu tahun 2011... Menunggu kelahiran Thaun 2012. Melihat anugerah dari Tuhan berupa Salji yang turun pada 3 Disember memberi makna yang mendalam bagi seorang perantau sepi Di Bejing.

Kepada semua yang akan mengalami kelahiran baharu tidak kiralah, hari jadi atau akan berkahwin atau memiliki zuriat, nikmatilah detik itu dan hargailah mereka yang menyambutnya bersama dengan anda.

Selamat segalanya! Amin!

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China