Cari:
Noriani: Bertuahnya...
2011-12-03 08:49:22 CRI Cetak

Kejayaan tidak akan datang bergolek... Itulah yang dibuktikan termasuk Radio Antarabangsa China, CRI. Sudah genap 70 tahun dan kejayaan hari ini tidak akan terhenti .

Itu keazaman yang terpancar semasa diri ini diberi penghormatan menjadi salah seorang pengerusi bagi sesi dalam Forum Kerjasama Media Penyiaran Metropolitan Antarabangsa anjuran CRI disebuah hotel terkemuka di Beijing.

Bertuahnya diri ini kerana berada bersama-sama lebih 100 pengamal media termasuk CEO, pengasas dan juga Ketua-Ketua Pengarang dari seluruh dunia.


Menjadi pengacara Forum

Berpeluang bersama berkongsi pandangan dengan Alan Pendleton, Presiden New World Group dari AS, Gioia Forti, Pengurus Radio Globale dari Milan, Itali dan juga Tommy Jiang, Pengerusi Auststar International Media Group.

Menarik sekali, kesemuanya bermula dari bawah sebagai seorang wartawan dan seorang penyiar. Bertambah lagilah semangat diri ini kerana dapat mencungkil rahsia kejayaan. Ada satu sifat semulajadi yang hanya wujud dalam diri seorang penyiar... yang tidak dimiliki oleh orang lain dalam bidang lain iaitu... (kan rahsia, mana boleh bagitahu)


Para peserta Forum (Noriani No.2 dari kanan barisan ke 4)

Bila berjumpa dengan James Su, pengasas dan CEO EDI Media dari Amerika Syarikat, saya boleh rumuskan bahawa untuk menjadi jenama media antarabangsa, kuncinya terletak kepada kandungan program, Operasi adalah nadinya, idea adalah talian hayatnya dan cinta dan kebajikan adalah semangatnya. Tanpa semua, mengikut kata-kata seniman Agung Tan Sri P.Ramlee, jika di pisahkan sumbanglah irama dan pincanglah lagu...

Dikala ini, teringat kata-kata Datuk Yati, Datuk Adilah, Encik Bakar, En Mat Hussin, Tok Wan Bukhari, Cik Siti Mohani, En Zainal Abidin Iberahim kepada diri ini.

Terima kasih CRI kerana peluang ini. Bertuahnya...

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China