Cari:
Tahu Tak: Peribahasa China "Chen Yu Luo Yan"
2011-12-08 16:23:09 CRI Cetak

Chen Yu Luo Yan: Membuatkan ikan tenggelam ke dasar sungai, dan angsa yang terbang jatuh ke tanah

Dalam sejarah China, terdapat empat orang jelitawan yang sangat terkenal, iaitu Xi Shi, Wang Zhaojun, Diao Chan dan Yang Yuhuan. Mereka cantik sekali sehingga ikan yang berenang dalam sungai dan angsa yang terbang di angkasa pun terpesona dengan kecantikan mereka. Jadi, peribahasa ini digunakan untuk menggambarkan kecantikan wanita yang amat luar biasa.

Sekiranya kita mahu memuji kecantikan seseorang gadis, kita boleh menggunakan peribahasa tersebut dengan mengatakan gadis itu memiliki wajah yang membuatkan ikan tenggelam ke dasar sungai, dan angsa yang terbang jatuh ke tanah.

Pernahkah saudara mendengar atau membaca cerita yang memberikan pengajaran yang serupa ini? Jika ada, jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami di ruangan "Salam" pada 16 Disember nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China