Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Minggu Keemasan"
2011-12-27 11:19:16 CRI Cetak

"Minggu Keemasan" merujuk kepada cuti panjang umum seperti cuti Hari Kebangsaan China dan cuti Tahun Baru China. Oleh sebab percutian tersebut berlangsung selama tujuh hari, maka percutian tersebut pun sering digelar "Huang Jin Zhou" yang bermaksud "Minggu Keemasan".

Dulu terdapat tiga "Minggu Keemasan" dalam setahun, iaitu cuti Hari Kebangsaan China, cuti Hari Pekerja dan cuti Tahun Baru China. Sekarang cuti untuk menyambut hari pekerja sudah dikurangkan kepada tiga hari sahaja. Jadi hanya tinggal dua "Minggu Keemasan" dalam setahun.

Cuti panjang amat dinanti-nantikan oleh warga negara China kerana cuti selama tujuh hari bukan sahaja cukup untuk beristirehat dengan puas malah juga peluang untuk pergi melancong ke destinasi yang lebih jauh.

Selain itu, dasar cuti panjang juga dianggap langkah agak berkesan untuk merangsang pasaran ekonomi dalam negeri sebab warga negara akan mengambil masa cuti panjang untuk membeli-belah, bersantai di pelbagai tempat riadah, melancong ke destinasi dalam dan luar negara dan sebagainya. Menurut teori ekonomi, fenomena tersebut diberikan nama "percutian ekonomi".


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China