Cari:
Tahu Tak: Peribahasa China "Dong Shi Xiao Pin"
2011-12-29 11:12:34 CRI Cetak

Peribahasa China "Dong Shi Xiao Pin" boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu menjadi "seperti Dong Shi meniru gaya jelitawan mengerut dahi".

Pada zaman purba kala, di Negeri Yue, ada seorang wanita yang terkenal kerana kejelitaannya. Namanya ialah Xi Shi. Xi Shi berjiran dengan seorang yang sangat hodoh, iaitu Dong Shi.

Dalam cerita ini, si hodoh itu telah menyalahfahamkan gaya mengerut dahi yang dilakukan oleh Xi Shi sebagai sejenis kecantikan yang luar biasa. Namun, dia tidak tahu mengapa perbuatan tersebut boleh menjadikan seseorang kelihatan lebih cantik. Pada hakikatnya, perbuatannya itu mengakibatkan wajahnya menjadi bertambah hodoh dan dia semakin dijauhi orang.

Peribahasa ini selalu digunakan untuk mempersenda perbuatan meniru kelebihan orang lain secara membuta tuli yang hanya akan mendatangkan hasil yang negatif.

Pernahkah saudara mendengar atau membaca cerita yang memberikan pengajaran yang serupa ini? Jika ada, jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami di ruangan "Salam" pada 6 Januari 2012 nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China