Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Cukai Pelepasan Karbon Penerbangan"
2012-01-10 11:42:32 CRI Cetak

Kesatuan Eropah (EU) dalam Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menegaskan sekali lagi bahawa keputusan EU untuk memasukkan industri penerbangan ke dalam sistem urus niaga pelepasan karbon "tidak akan berubah". Ini bermakna semua kapal terbang yang mendarat di lapangan terbang negara anggota EU akan dikenakan "cukai pelepasan karbon penerbangan" bermula pada 1 Januari 2012. Ada pula yang menggelar cukai tersebut sebagai "duit beli laluan hijau".

Keputusan EU tersebut telah menimbulkan pertikaian industri penerbangan di banyak negara kerana keuntungan yang akan diperolehi syarikat penerbangan akan berkurangan disebabkan pelaksanaannya. Namun mangsa sebenar dalam isu tersebut adalah para penumpang kerana cukai yang dikenakan akhirnya akan ditanggung oleh para penumpang dalam penerbangan ke negara anggota EU.

Kini, perlindungan alam sekitar dan penjimatan sumber tenaga semakin dijadikan "batu timbang" terutamanya dalam isu-isu global. Apakah tujuan EU mengenakan cukai pelepasan karbon terhadap sektor penerbangan? Adakah untuk mendorong perlindungan alam sekitar ataupun mewujudkan sekatan perdagangan?

Tajuk ini akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 25 Januari 2012. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam emel, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China