Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Penyakit Was-was"
2012-01-17 14:03:40 CRI Cetak

Adakah anda kerap kali pergi memastikan sama ada sudah mengunci pintu rumah atau pintu kereta? Adakah anda masih hendak pergi mencuci tangan walaupun baru sahaja selesai mencucinya? Adakah baju di dalam almari anda mesti disusun mengikut warnanya? Kalau jawapan anda terhadap tiga soalan tersebut semuanya adalah "ya", mungkin anda akan dianggap penghidap "penyakit was-was" atau kecelaruan obsesif kompulsif.

Namun, anda tidak perlu terlalu risau sebab sebenarnya bukanlah anda seorang sahaja yang berbuat demikian. Keadaan David Beckham mungkin lebih teruk daripada anda. Menurut yang didedahkannya kepada media, barang-barang di rumahnya mesti disusun dengan teratur dan rapi. Contohnya, semua barang mesti disusun sehingga lurus dan jumlah barang-barang juga tidak boleh ganjil. Terdapat 30 helai seluar dalam berjenama CK yang serupa dan disusun sepasang-sepasang dalam almarinya. Baju kemejanya juga tergantung rapi dan disusun mengikut warna. Selain itu, beliau mempunyai tiga buah peti sejuk, masing-masing untuk menyimpan bahan makanan, minuman dan salad.

Yang dianggap paling ekstrem ialah sekiranya bilangan botol minuman tidak genap, Beckham akan segera membuang atau menambah supaya menjadi genap. "Tabiat" Beckham ini telah menimbulkan rungutan isterinya Victoria. Beckham sendiri pun mengakui beliau bimbang akan kemungkinan menjadi mangsa "penyakit was-was".

Terdapat pendapat yang menyamakan "penyakit was-was" dengan sifat "perfectionist" atau mementingkan kesempurnaan, namun pada hakikatnya penyakit was-was yang teruk dapat menjejaskan kehidupan. "Penyakit was-was" ialah sejenis penyakit halangan mental akibat kerisauan. Penyakit ini telah didefinisikan di A.S. sebagai jenis penyakit dalam gaya pemikiran dan tingkah laku yang bersifat memaksa. Simptom yang paling kerap dilihat termasuklah berulang kali mencuci tangan, memastikan pintu rumah atau kereta dikunci serta mengira dengan tidak berhenti-henti. Menurut pakar berkenaan, sebab sebenar pesakit was-was berkali-kali mengulang suatu perbuatan yang sama adalah untuk mengurangkan kerisauan mental.

Pakar bidang perubatan menasihatkan sekiranya anda sendiri atau orang yang anda kenal sedang menghadapi masalah penyakit was-was supaya jangan terlalu risau. Namun pada masa yang sama janganlah dibiarkan sahaja, sebaliknya silalah dapatkan bantuan doktor dengan secepat mungkin.

Tajuk ini akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 1 Februari 2012. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam emel, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China