Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Gap Year"
2012-01-24 14:01:32 CRI Cetak

"Pada 1 Disember 2006, saya membawa sekeping kad kredit antarabangsa dengan had kredit 21 ribu yuan RMB meninggalkan bandar yang sudah saya diami selama dua tahun untuk memulakan Gap Year saya. Luar sangkaan saya, masa telah dilanjutkan sehingga 13 bulan dan destinasi juga berubah dari ke India sahaja menjadi lawatan yang bermula di Macau dan berakhir di Nepal. Thailand, Laos, Vietnam, Myanmar, India, Pakistan dan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang serta Wilayah Autonomi Tibet merupakan tempat persinggahan saya sepanjang 13 bulan itu. Status saya bukan sebagai pelancong semata-mata, saya juga berkhidmat untuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan sebagai sukarelawan. Cukup bertuah saya dapat bertemu dengan isteri saya sekarang yang berasal dari Jepun. "Gap Year" saya merupakan lawatan untuk saya mempelajari bagaimana menyayangi orang lain dan dunia ini."

---Sun Dongchun

Melakukan lawatan transnasional yang biasanya mengambil masa setahun ketika masih muda lagi, cuba meninjau dunia, menghayati gaya hidup dan budaya yang berlainan dengan sendiri, serta mengenali diri dan memahami apa yang sebenarnya diperlukan oleh diri dalam lawatan tersebut. Tahun seperti ini dipanggil "Gap Year".

"Gap Year" adalah satu konsep yang berasal dari dunia barat yang merujuk kepada pelancongan mandiri oleh pemuda-pemudi berumur antara 21 hingga 23 tahun setelah lulus dari kolej dan sebelum mereka mula bekerja. Konsep "Gap Year" yang sudah popular di negara-negara barat masih dianggap sesuatu yang baru di China, namun sudah semakin diterima oleh generasi muda seiring peredaran zaman.

Tajuk ini akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 8 Februari 2012. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam emel, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China