Cari:
PM2.5
2012-02-14 14:17:37 CRI Cetak

PM2.5 ialah jenis particulate matter atau zarah halus dalam udara yang garis pusatnya kurang daripada ataupun sama dengan 2.5Μm (miu meter). Oleh sebab garis pusat PM2.5 kurang daripada 1/20 rambut manusia, ia hanya dapat dilihat melalui mikroskop elektronik. Walaupun PM2.5 hanya sebahagian kecil dalam udara kita, namun memberi kesan yang besar terhadap kualiti dan keterlihatan udara.

PM2.5 merupakan sisa-sisa pelepasan proses penjanaan tenaga elektrik, pelbagai proses industri dan pembakaran bahan api fosil dalam kenderaan yang mengandungi unsur beracun seperti logam berat (heavy metal).

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), PM2.5 besar impaknya terhadap kesihatan manusia jika disedut ke dalam paru-paru. Tahap PM2.5 yang kurang daripada 10 microgram per meter padu dianggap masih selamat. Sekiranya tahap purata PM2.5 setahun mencapai 35 microgram per meter padu, risiko kematian manusia akan meningkat 15%.

Indeks PM2.5 telah dijadikan salah satu indeks piawaian pencemaran udara. Bermula awal tahun ini, data hasil pengawasan tahap PM2.5 akan diumumkan kepada orang awam dari semasa ke semasa di beberapa bandar, provinsi dan kawasan di China.

Topik mengenai PM2.5 serta usaha perlindungan alam sekitar akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 22 Februari 2012 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China