Cari:
Bagaimana Dapat Tidur yang Lena?
2012-03-13 13:41:46 CRI Cetak

21 Mac merupakan Hari Tidur Sedunia. Tidur antara perkara yang pasti kita lakukan setiap hari. Orang dewasa perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari, manakala bayi perlu tidur 16 jam. Selain itu, kuda perlu 3 jam, kucing perlu 15 jam dan dolfin perlu 7 jam untuk tidur. Nampaknya, tidur memainkan peranan yang sungguh penting dalam hidup kita.

Masa optima untuk kita tidur adalah antara pukul 10 malam hingga pukul 2 pagi. Tidur pada masa tersebut sering ditafsirkan sebagai "Beauty Sleep" kerana aktiviti metabolisme dan pemulihan tubuh badan manusia paling aktif pada masa tersebut. Jadi, agak penting kita beristirahat pada masa tersebut agar tubuh kita dapat memulihkan sel-sel dan membuang bahan toksin yang terkumpul seharian. Sekiranya semua toksin dalam badan kita dibuang, sudah tentulah kita akan kelihatan lebih cantik. Itulah sebabnya tidur pada masa tersebut digelar "Beauty Sleep". Selain demi kecantikan, sistem keimunan kita membaik pulih ketika kita tidur. Jadi, kita bukan sahaja akan lebih kelihatan cantik, malah lebih sihat sekiranya mendapat tidur yang berkualiti.

Baru-baru ini terdapat kajian saintifik yang menunjukkan hubungan antara berat badan kanak-kanak dengan tidur. Kanak-kanak yang kekurangan tidur lebih terdedah kepada risiko berat badan berlebihan.

Tetapi pada hakikatnya, terdapat ramai orang yang sukar tidur lena. Memandangkan betapa pentingnya tidur, bagaimana cara mendapat tidur yang berkualiti menarik perhatian kita. Setiap orang ada cara tersendiri. Antaranya termasuk membaca buku, mendengar muzik, minum susu, mandi dengan air panas dan sebagainya. Adakah anda menghadapi masalah tidur? Bagaimana cara anda untuk tidur lena?

Topik yang melibatkan "tidur" akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 21 Mac 2012 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China