Peribahasa ini membawa pengertian bahawa ketika seseorang gagal mendapatkan sesuatu benda yang diingininya, dia akan menyenangkan hatinya dengan angan-angan yang bukan-bukan, seperti askar Cao Cao tersebut. Ketika menderita kehausan, mereka membayangkan buah plum yang rasanya masam, untuk melegakan rasa dahaga.
Wang Mei Zhi Ke: Melegakan Rasa Dahaga dengan Bayangkan Buah Plum Hilanglah Rasa Dahaga
Pernahkah saudara mendengar atau membaca cerita yang memberikan pengajaran yang serupa ini? Jika ada, jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami dalam ruangan "Salam" pada 29 Jun 2012 nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam emel, surat atau mesej anda.