Cari:
Temu Bual Dengan Prof. Dr. Awang Sariyan
2012-09-04 10:12:19 CRI Cetak

Perkambangan terbaru di Bahagian Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) amat menggembirakan apabila Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) bersetuju meningkatkan kerjasama dengan CRI. Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah DBP, Prof. Dr. Awang Sariyan dalam lawatan beliau ke CRI pada 29 Ogos lalu.

Dalam lawatan tersebut, beliau diberi taklimat tentang perkembangan CRI dan kerja-kerja Bahagian Bahasa Melayu oleh Ketua Bahagian Bahasa Melayu, Zhang Wenwen. Zhang memaklumkan bahawa Bahagian Bahasa Melayu telah menerbitkan majalah "Kembara Sutera" yang diedarkan di Malaysia dan program "Kembara Muslim 2012" yang akan diadakan pada bulan depan.

Agenda lawatan Prof. Dr. Awang seterusnya adalah menandatangani MOU bahasa dan persuratan antara DBP dengan Universiti Guangxi dan menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Beijing.

Lawatan Prof. Dr. Awang yang pertama sejak menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah DBP ini akan memantapkan kerjasama kedua-dua agensi sejak MOU ditandatangani pada tahun 1997. Hubungan erat beliau dengan para pegawai BBM bermula sejak beliau menjadi Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU) pada tahun 2008 hingga 2011.

Silalah mengikuti rancangan radio tentang temu bual dengan Prof. Dr. Awang Sariyan dalam ruangan Suara Sutera pada 5, 12 dan 26 September nanti. Dalam temu bual tersebut, beliau telah menyentuh tujuan lawatan beliau ke China kali ini, memperkenalkan keadaan perkembangan bahasa Melayu baik dalam negeri mahupun di luar negara Malaysia, memaklumkan rancangan kerjasama DBP dengan CRI pada masa depan serta bercerita tentang pengalaman beliau sejak menceburkan diri dalam bidang linguistik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China