Staf Bahagian Bahasa Melayu CRI, Encik Rahman (Sun Muning) telah membuat sangkutan di Malaysia menurut kerjasama antara CRI dengan pelbagai badan berkenaan Malaysia termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama Radio24 serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 17 Sept hingga 27 Oktober lalu.
Dalam tempoh tersebut, beliau bukan sahaja dapat berinteraksi dengan anggota media dari Malaysia, meningkatkan taraf penyampaian bahasa, malah juga berpeluang mendekati masyarakat Malaysia.
Encik Rahman akan berkongsi pengalamannya ketika berada di Malaysia dalam ruangan Salam pada 9 dan 16 November nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn