Dalam kehidupan harian kita, terdapat orang yang aktif berbual-bual ketika bekerja, tetapi terus membisu sebaik sahaja pulang ke rumah. Mereka tampak cukup berdinamik ketika menyertai aktiviti sosial, tetapi selalu berdiam diri semasa bergualan dengan ahli keluarga. Mereka ini seolah-olah dua orang yang berlainan dan sering kali dianggap menghidap penyakit "membisu selepas kerja".
Penyakit "membisu selepas kerja" adalah penyakit yang baru tersebar dalam golongan pekerja pada tahun-tahun kebelakangan ini. Oleh sebab tenaga fizikal dan mental kita terhad, sekiranya kita mencurahkan seluruh tenaga dan perhatian pada kerja, kita akan kelesuan sehingga terpaksa mengabaikan interaksi sesudah bekerja baik dengan kawan-kawan mahupun ahli keluarga.
"Saya berasa sangat penat selepas bekerja sehingga tidak mahu bercakap sedikit pun". Itulah yang sering diujar kebanyakan mangsa penyakit "membisu selepas kerja". Nampaknya, berdiam diri dijadikan cara beristirehat bagi mereka.
Menurut hasil soal selidik laman sesawang Yahoo China terhadap 2,750 orang penggunanya, 83.1% merasakan diri menghidapi penyakit tersebut. Antaranya, 50.1% dilahirkan pada tahun 1980-an manakala 30.9% dilahirkan pada tahun 1970-an. Selain itu, 45.5% tinggal di bandar raya yang serba moden, manakala 28.9% pula tinggal di bandar bersaiz sederhana. Nampaknya tekanan kerja bukan sahaja menjadikan badan kita penat, malah juga mengganggu jiwa dan minda kita.
Menurut Prof. Madya dalam bidang psikologi, Wang Fang, pada berpuluh-puluh tahun yang lalu, pekerja yang mudah dijangkiti penyakit "membisu selepas kerja" kebanyakannya adalah guru, doktor perubatan dan polis, kerana dalam menjalankan tugas, mereka perlu selalu berhadapan dengan ramai orang. Namun situasi semasa sudah berubah. Mereka yang menceburkan diri dalam bidang teknikal dan IT juga mudah dijangkiti penyakit tersebut.
Beliau menjelaskan, ramai orang akan berasa tidak mahu bercakap di rumah selepas bekerja lebih-lebih lagi sekiranya mereka terpaksa menghadapi tekanan yang besar di pejabat. Kita memainkan peranan yang berlainan dalam pekerjaan, aktiviti sosial dan keluarga. Mangsa penyakit tersebut menghadapi masalah ketika beralih antara peranan-peranan tersebut. Lama-kelamanan, setelah terbiasa dengan cara beristirehat dengan berdiam diri, mereka tetap tidak akan berinteraksi dengan ahli keluarga walaupun masih bertenaga.
Sebenarnya proses menghapuskan penyakit "membisu selepas kerja" juga merupakan proses untuk mengurangkan tekanan kerja, baik fizikal mahupun emosi.
Topik ini akan dibualkan dalam ruangan Suara Sutera pada 28 Nov 2012 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn