Cari:
Perlu Pandai Manfaatkan Tenaga "Mikro"
2012-11-06 13:24:56 CRI Cetak

Gaya interaksi antara manusia telah melalui inovasi besar pada zaman serba moden ini. Kini, bangkitnya satu tenaga atau pengaruh yang baharu, iaitu tenaga "mikro". Walapun dipanggil "mikro", namun peranan dan pengaruhnya tidak kecil, sebaliknya semakin besar sehingga tidak boleh diabaikan oleh individu, agensi mahupun kerajaan. Tenaga "mikro" sini merujuk kepada saluran atau wahana internet seperti blog mikro Twitter dan Sina, Tencent dan Netease yang lebih popular di Tanah Besar China.

Blog Mikro disebut "Wei Bo" dalam bahasa Mandarin. Di tanah besar China, terdapat banyak laman web yang menyediakan kemudahan blog mikro untuk para pengguna. Selain individu, semakin banyak syarikat, persatuan, bahkan badan kerajaan dan negara yang mendaftar sebagai pengguna blog mikro.

Warga China semakin aktif menggunakan blog mikro. Selain berinteraksi dengan orang lain dan mendapat maklumat terkini dengan lebih pantas, pengguna blog mikro juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti amal, menyertai perbincangan tentang hal ehwal politik serta mengetengahkan isu-isu kemasyarakatan. Pada waktu yang sama, kerajaan sebagai pentadbir negara juga tidak ketinggalan dalam menggunakan tenaga "mikro" ini. Pencapaian kerajaan China dalam menggunakan tenaga "mikro" untuk lebih mendekati rakyat dan menyediakan perkhidmatan yang lebih memuaskan amat memberangsangkan. Namun mereka juga masih menghadapi cabaran yang besar kerana orang ramai berharap blog mikro kerajaan bukan sekadar menjawab persoalan, malah juga mendengar suara hati mereka, memberi bantuan dan menjalankan inovasi terhadap konsep serta peranan kerajaan demi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada negara. Oleh sebab itu, penggunaan tenaga "mikro" juga boleh dianggap sebagai ujian terhadap keupayaan pentadbiran kerajaan.

Tajuk ini akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 14 Nov nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan boleh terus dihantar ke alamat mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China