Cari:
Farah: Sekali lagi berhari raya di Beijing
2012-10-26 10:09:51 CRI Cetak

Pada awal pagi Hari Raya pula, saya ke Masjid Dongsi untuk bersolat sunat Aidiladha dan menyaksikan upacara penyembelihan. Walaupun masjid berseni bina tradisi China itu berada di lokasi yang cukup komersial, namun suasana di dalam pekarangannya cukup tenteram.


Jemaah khusyuk mendengar khutbah hari raya

Setelah selesai mendengar khutbah hari raya yang cukup bermakna dan bersolat berjemaah di dewan solat yang dihiasi dengan ayat-ayat suci al-Quran, haiwan korban disembelih dan dagingnya dibahagi-bahagikan. Sambil menunggu, saya sempat berbual-bual dengan orang Islam dari pelbagai pelosok dunia, termasuk Indonesia, Bangladesh dan India. Sekali lagi, saya pulang dengan sebungkus daging korban, dan kenangan manis yang pasti tidak akan dilupakan.


Daging korban dibahagi-bahagikan


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China