Cari:
12/12/2012 Akan Dilanda "Ribut Beli-belah Internet" Lagi?
2012-12-06 14:24:17 CRI Cetak

Angka "1" dianggap sebagai simbol bagi orang bujang kerana bentuknya seperti orang yang belum mendapat jodohnya. Sehubungan dengan itu, 11 hb November digelar sebagai "Hari Bujang" oleh generasi muda di China sejak beberapa tahun yang lalu.

Pada hakikatnya, hari-hari perayaan bukan sahaja hari sambutan ramai, malah juga menjadi peluang keemasan bagi para peniaga untuk mengadakan jualan secara besar-besaran.

E-niaga atau laman web membeli-belah telah mendapat keuntungan yang cukup lumayan pada Hari Bujang tahun ini. Taobao, laman web membeli-belah yang paling popular di Tanah Besar China beberapa kali mengemaskini jumlah penjualan dalam tempoh 24 jam pada 11 November lalu. Akhirnya, menurut maklumat yang diumumkan pada awal pagi 12 November, keseluruhan jumlah jualan laman web Taobao telah mencatat RMB 19.1 bilion. Manakala, jumlah penjualan laman tersebut pada tahun 2010 dan 2011 masing-masing ialah RMB 1.9 bilion dan 5.2 bilion. CEO laman web Taobao, Zhang Yong menggambarkan hari itu sebagai "24 jam yang cukup menakjubkan". Sementara itu, lebih ramai orang menggambarkan Hari Bujang tahun ini sebagai hari yang "dilanda ribut beli-belah internet".

Kini, 11 November telah pun berlalu, tetapi 12 Disember akan sampai tidak lama lagi. Adakah 12/12 akan dilanda ribut seumpama itu lagi?

Topik tentang beli-belah internet pada hari-hari yang tertentu akan dibualkan dalam ruangan Suara Sutera pada 12 Disember nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China