Cari:
Temu Bual Dengan Prof.Dr.Mohd.Taib,Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China (2)
2012-12-25 10:32:24 CRI Cetak

Profesor Dr. Mohd. Taib Hj. Dora yang kini menyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China di Beijing Foreign Studies University (BFSU) telah dijemput oleh Bahagian Bahasa Melayu CRI untuk bertemu bual dalam ruangan Suara Sutera.

Bidang kepakaran beliau adalah Sosiologi Bandar dengan pengkhususan penyelidikan dalam bidang kemiskinan bandar, serta penilaian impak sosial dan pembangunan sumber manusia. Beliau yang aktif dalam penulisan dan pembentangan kertas kerja di dalam dan di luar negara, telah banyak menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang tersebut di pelbagai peringkat. Antara pencapaian beliau termasuk lima buah buku karya asli, makalah, bab dalam buku dan pelbagai artikel yang diterbitkan di dalam jurnal kebangsaan dan antarabangsa.

Dalam temu bual ini, beliau telah berkongsi pengalaman beliau berada di China selama lebih setahun setakat ini baik dalam menjalankan tugas sebagai Kursi Pengajian Melayu, mahupun perkara-perkara menarik yang dihadapi dalam kehidupan harian di bandar Beijing.

Bahagian kedua rancangan temu bual dengan Profesor Dr. Mohd. Taib Hj. Dora akan disiarkan pada 2 Januari 2013 nanti. Jangan lupa untuk mengikuti! Lebih banyak maklumat boleh didapati di laman web CRI bahasa Melayu, alamatnya ialah https://malay.cri.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China