Cari:
Tahu Tak Peribahasa China: Yu Gong Yi Shan (Pak Pandir Ratakan Gunung)
2013-01-03 10:19:43 CRI Cetak

Pada zaman dahulu kala, ada seorang tua yang dikenali sebagai Pak Pandir. Usianya sudah hampir 90 tahun. Rumahnya berhadapan dengan dua buah gunung yang besar, iaitu Gunung Thaihang dan Gunung Wangwu. Kedua-dua buah gunung tersebut menjadi penghalang perjalanan Pak Pandir sekeluarga.

Pada suatu hari, Pak Pandir mengumpulkan ahli keluarganya dan berkata, "Bagaimana, kalau kita sekeluarga berusaha bersama-sama meratakan kedua-dua buah gunung itu?" ......

......Pak Pandir dan keluarganya terus meratakan kedua-dua buah gunung tersebut dengan tidak menghiraukan keadaan cuaca, panas atau sejuk. Mereka bekerja dari siang hingga ke malam setiap hari. Akhirnya, menurut ceritanya, Dewa terharu melihat ketabahan mereka, lalu menghantar dua pari-pari untukt memindahkan kedua-dua gunung tersebut.

Kisah ini memberikan pengajaran kepada kita agar jangan berputus asa ketika menghadapi kesukaran. Pernahkah saudara mendengar atau membaca cerita yang memberikan pengajaran yang serupa ini? Jika ada, jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami dalam ruangan "Salam" 11 Januari nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam emel, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China