Sekiranya kita kurang bergerak dan bersenam, badan kita mudah menyimpan terlalu banyak lemak sehingga menjadi gemuk. Betulkah langkah terbaik untuk mengurangkan berat badan ialah dengan menjadi sibuk sekali? Pastilah tidak. Sebaliknya, dalam keadaan kerja yang terlalu sibuk dan tertekan, kita akan menghidap penyakit "gemuk akibat terlalu sibuk". Tanda tipikal penyakit tersebut adalah "semakin sibuk semakin gemuk".
Menurut sebuah laporan penyelidikan laman web Career-Builder yang menyediakan maklumat peluang kerja di A.S., staf syarikat pelancongan, peguam dan hakim antara yang berkemungkinan besar menjadi gemuk. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa dari keseluruhannya, setiap dua dalam lima orang staf telah menjadi gemuk akibat kerja, manakala lebih 1/4 daripadanya mengalami pertambahan berat badan sebanyak sekurang-kurangnya 4.5 kilogram, ada pula yang melebihi 9 kilogram.
Selain itu, guru, arkitek, doktor, polis, ahli bomba, pemandu dan ahli sains juga mudah sahaja menghadapi masalah gemuk.
Mengapa sibuk bekerja boleh menyebabkan kita gemuk? Apakah risiko kesihatan yang dibawa oleh penyakit "gemuk akibat terlalu sibuk"? Bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut? Topik tersebut akan dibualkan dalam ruangan Suara Sutera pada 23 Januari 2013 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn