Tahun Baharu Cina merupakan hari perayaan yang paling penting bagi rakyat China dan juga penduduk berketurunan Cina di seluruh dunia. Dalam menikmati suasana perayaan yang amat meriah dan menggembirakan, pelbagai fenomena sering timbul menjelang dan selepas sambutan cuti Tahun Baharu Cina.
Di China, masalah pengangkutan yang serius kerap berlaku akibat berjuta-juta orang pulang ke kampung halaman dengan serentak. Selain itu, ada pula orang bujang yang mengupah seseorang untuk menemani mereka sewaktu pulang ke kampung halaman bagi mengelakkan desakan ibu bapa yang ingin mereka mendirikan rumah tangga dengan segera.
Apakah fenomena seumpama ini juga berlaku di Malaysia sempena sambutan perayaan?
Topik "Macam-macam Fenomena Sempena Tahun Baharu Cina" ini akan dibualkan dalam ruangan Salam pada 1 Februari 2013 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan berkongsi pengalaman yang berkaitan dengan topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn