Cari:
Peribahasa China "Cao Chuan Jie Jian"
2013-02-07 08:45:00 CRI Cetak

Peribahasa "Cao Chuan Jie Jian" bermakna "meminjam panah menggunakan kapal patung rumput". Ia berasal daripada cerita Zhu Geliang, seorang penasihat tentera yang amat bijaksana yang berjanji untuk menyediakan 100 ribu anak panah dalam tempoh 3 hari atas arahan Jeneral Zhou Yu untuk menewaskan musuh mereka, iaitu Cao Cao.

Untuk menjayakan misi itu, Zhu Geliang mengarahkan 20 buah kapal yang diletakkan penuh dengan patung askar yang diperbuat daripada rumput berlayar ke arah kem musuh sambil membunyikan gendang. Tentera Cao Cao yang menyangka bahawa mereka sedang diserang musuh lantas memanah ke arah kapal tersebut. Setelah "askar rumput" dipenuhi dengan anah panah, Zhu mengarahkan semua kapalnya kembali. Dengan begitu saja, Zhu Geliang berjaya mendapatkan 100 ribu panah yang dijanjikannya.

Peribahasa "Cao Chuan Jie Jian" ini mengibaratkan rancangan atau idea yang bijak untuk mencapai suatu matlamat dengan memanfaatkan kekuatan atau harta benda orang lain.

Pernahkah saudara mendengar cerita yang serupa ini? Jika ada, jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami dalam ruangan "Salam" 15 Februari 2013 nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China