Cari:
Bolehkah Mohon Lesen Memandu Setelah Belajar Sendiri?
2013-02-19 09:51:32 CRI Cetak

Xiao Su, seorang penduduk bandar Nanjing baru-baru ini telah ditolak untuk menyertai peperiksaan untuk mendapat lesen memandu oleh Jabatan Pentadbiran Kenderaan Nanjing kerana beliau tidak pernah mengikuti kursus memandu di sekolah memandu. Sebaliknya, beliau diajar oleh bapa saudaranya yang telah memandu kereta selama lebih 30 tahun. Mengapa tidak dibenarkan menyertai peperiksaan untuk mendapat lesen memandu setelah belajar sendiri? Setelah mencari-cari maklumat berkenaan, Xiao Su tidak menemui sebarang peraturan yang khusus menetapkan bahawa pemohon mesti mengikuti kursus di sekolah memandu sebelum dibenarkan menyertai peperiksaan mendapat lesen memandu. Oleh itu, beliau telah mendakwa jabatan tersebut kepada mahkamah.

Perkara ini telah mencetuskan perbincangan hangat tentang sama ada mengikuti kursus memandu patut dijadikan syarat bagi mendapatkan lesen memandu. Terdapat suara yang menyokong Xiao Su kerana berpendapat bahawa kecekapan memandu tidak berkaitan dengan cara belajar memandu. Encik Zhao dari bandar Beijing telah memandu kereta selama lima tahun. Beliau berpendapat, memandu kereta merupakan sejenis keupayaan teknikal yang boleh dipelajari sendiri. Manakala, terdapat juga yang berpendapat bahawa perbuatan melarang pemohon yang tidak mengikuti kursus memandu daripada menyertai peperiksaan memandu dianggap perbuatan memonopoli. Sementara itu, ada pula yang menyebelahi sekolah memandu. Menurutnya, sekolah memandu mempunyai pelatih yang lebih profesional dan berpengalaman di samping ruang latihan dan kemudahan yang mencukupi.

Topik ini akan dibualkan dalam ruangan Suara Sutera pada 27 Februari 2013 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China