Cari:
Peribahasa China "Yue Huai Yi Ji"
2013-02-21 15:38:23 CRI Cetak

Peribahasa "Yue Huai Yi Ji" menggambarkan orang yang enggan membetulkan kesalahannya dengan segera walaupun sudah menyedari kesalahan tersebut.

Cerita ini berlaku di Negeri Song pada zaman purba. Rakyat di negeri itu menderita kehidupan yang susah dengan kutipan cukai yang membebankan. Seorang pegawai kanan yang bernama Dai Yingzhi memutuskan untuk menurunkan kutipan cukai di negerinya. Mengenai perkara ini, Dai meminta pandangan daripada seorang pemikir yang amat terkemuka, iaitu Meng Zi. Menurut Dai, kutipan cukai itu boleh dikurangkan secara beransur-ansur, dan mencapai taraf yang boleh diterima rakyat pada tahun depan. Menyentuh dengan cadangan itu, Meng Zi tidak memberikan jawapan secara langsung, manakala memberikan satu cerita: ada seorang pencuri yang mencuri seekor ayam dari jirannya setiap hari, selepas menyedari kesalahan itu, dia hanya mencuri seekor ayam sahaja pada setiap bulan. Dengan itu, pencuri itu akan menghentikan kegiatan yang jahat itu sehingga ke akar umbinya pada tahun depan. Apakah cara pencuri itu untuk membetulkan kesalahannya boleh dijadikan contoh yang baik.

Sebagai pengajaran daripada peribahasa "Yue Huai Yi Ji", kita sepatutnya membetulkan kesalahan dengan segera sebaik sehaja menyedari kesalahan tersebut.

Pernahkah saudara mendengar cerita yang serupa ini? Jika ada, jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami dalam ruangan "Salam" 1 Mac 2013 nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China