Terdapat seorang penduduk di Negeri Zheng pada zaman purba yang ingin membeli kasut baharu. Sebelum pergi ke pasar, dia mengukur saiz kakinya lalu menulis ukuran itu pada sehelai kertas. Apabila ingin membeli kasut yang diingininya di pasar, dia mendapati bahawa dia telah terlupa membawa kertas tersebut. Oleh itu, dia balik ke rumah untuk mengambilnya. Tetapi, malang sekali, pasar telah pun tutup apabila dia datang semula. Ketika ditanya orang, kenapa tidak boleh mencuba sendiri kasut, dan mesti pula mengikut ukuran itu, dia berkata bahawa dia tidak percaya pada kakinya dan hanya percaya pada ukuran yang dicatatkan.
Peribahasa "Zheng Ren Mai Lyu" ini sering digunakan untuk mengkritik orang yang tidak mementingkan keadaan realistik, manakala hanya percaya akan fahaman dogma sahaja.
Pernahkah saudara mendengar cerita yang serupa ini? Jika ada, jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami dalam ruangan "Salam" 8 Mac 2013 nanti.