Sidang tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) telah dirasmikan di Beijing pada 3 Mac lalu. Ini merupakan sidang tahunan pertama bagi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-12 dalam tempoh lima tahun akan datang.
Selain itu, Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-12 pula telah diadakan di Dewan Besar Rakyat Beijing pada pagi 5 Mac. Perdana Menteri, Wen Jiabao mewakili Dewan Negara telah membentangkan laporan kerja kerajaan.
Rancangan istimewa tentang kedua-dua sidang tersebut akan disiarkan dalam ruangan Suara Sutera pada 6, 13 dan 20 Mac nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn