Pada zaman purba, terdapat seorang penduduk kampung yang kehilangan kapaknya. Dia terfikir mungkin anak jirannya yang mencuri kapak itu. Oleh itu, dia sentiasa memerhatikan budak kecil itu. Lama-kelamaan, dia mendapati tingkah laku dan percakapan budak itu amat berbeza dengan budak-budak yang lain, dan sungguh seperti seorang pencuri.
Suatu hari, dia pergi membelah kayu di bukit, dan menemui kapaknya yang hilang itu di sana. Maka, dia baru menyedari bahawa kapak itu adalah tertinggal olehnya kerana tidak berhati-hati, dan tiada sesiapa yang mencuri kapak itu.
Selepas itu, apabila melihat anak jirannya, dia merasa budak itu kelihatan amat baik budinya, dan tiada sedikit pun seperti pencuri.
Pengajaran daripada peribahasa "Yi Lin Dao Fu" ialah janganlah membuat sangkaan yang tidak berasas terhadap seseorang atau sesuatu jika tiada bukti yang mencukupi.
Pernahkah saudara mendengar cerita yang serupa ini? Jika ada, jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami dalam ruangan "Salam" 22 Mac 2013 nanti.