Cari:
Kini, Memandu Kapal Terbang Bukan Mimpi Lagi
2013-03-19 10:12:24 CRI Cetak

Seiring dengan kemajuan sains dan teknologi serta perkembangan masyarakat, memandu kapal terbang sebagai sejenis aktiviti masa lapang bukanlah satu mimpi lagi bagi sesetengah orang.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China telah beransur-ansur melonggarkan dasar pengawalan ruang udara paras rendah di dalam negeri. Oleh itu, semakin banyak kelab penerbangan individu turut ditubuhkan. Bahkan, sebilangan orang telah berkemampuan untuk membeli kapal terbang sendiri.

Walaubagaimanapun, memandu kapal terbang masih dikategorikan sebagai sukan ekstrem. Di tanah besar China, ia dirangkumi dalam "sektor penerbangan am", merujuk kepada semua penerbangan individu termasuk pelancongan udara dan latihan lesan memandu kapal terbang. Ia berbeza dengan penerbangan demi tugas ketenteraan, penerbangan demi keselamatan awam dan penerbangan awam.

Walaupun pasaran kapal terbang individu di China masih berada pada tahap permulaan yang kurang matang, namun sektor ini dijangka akan berkembang pesat pada masa akan datang ekoran peningkatan pembinaan infrastruktur penerbangan am menurut "Rancangan Lima Tahun ke-12" yang ditetapkan kerajaan pusat China.

Bagi individu, memandu kapal terbang setelah belajar di sekolah memandu kapal terbang dan mendapat lesen memandu bukan lagi satu mimpi.

Topik ini akan dibualkan dalam ruangan Suara Sutera pada 27 Mac 2013 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China