Cari:
Peribahasa "Mang Ren Mo Xiang"
2013-03-21 12:22:45 CRI Cetak

Terdapat sebuah negeri kecil di India pada zaman purba. Penduduk di negeri itu selalu dipengaruhi oleh pelbagai ajaran sesat kerana tidak pandai berfikir untuk mencari kebenaran. Oleh itu, maharaja negeri itu ingin memberikan pengajaran kepada orang ramai.

Suatu hari, maharaja menyuruh pegawainya mencari beberapa orang buta dan seekor gajah. Kemudian, beliau mengumumkan akan mengadakan satu perhimpuan besar-besaran di lapangan di depan istananya.

Dalam perhimpunan itu, orang-orang buta diminta menyentuh satu bahagian pada badan gajah dengan tangan mereka, kemudian memberitahu orang ramai apakah bentuk binatang gajah itu.

Orang buta yang menyentuh gading gajah itu memberitahu bahawa gajah seperti lobak yang panjang, manakala yang menyentuh telinga berkata gajah seperti penadah sampah. Ada juga yang berkata gajah seperti satu tiang yang kasar kerana dia menyentuh kakinya. Ada pula berkata gajah seperti tali sebab dia menyentuh ekor gajah itu. Maka, orang ramai semua ketawa mendengar jawapan-jawapan tersebut, dan mendapat satu pengajaran daripadanya, iaitu penyelidikan terhadap sesuatu mesti dilakukan secara menyeluruh, dan tidak boleh memberikan kesimpulan dengan melihat sebahagian daripadanya sahaja.

Pernahkah saudara mendengar cerita yang serupa ini? Jika ada, jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami dalam ruangan "Salam" 5 April 2013 nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China