Cari:
Peribahasa: Xue Zhong Song Tan
2013-04-04 13:08:57 CRI Cetak

Seorang maharaja pada zaman Dinasti Song yang bernama Song Taizong amat sayang kepada rakyatnya. Pada suatu hari pada musim sejuk, cuaca amat dingin akibat salji tebal. Song Taizong yang berpakaian amat tebal duduk di dalam istananya. Walaupun di sekelilingnya diletakkan beberapa relau, baginda masih merasa sejuk. Oleh itu, baginda merasa bimbang akan rakyatnya kerana tentulah mereka akan teruk menderita pada musim sejuk jika tiada relau dan pakaian yang tebal. Dengan itu, baginda bertitah supaya menghantar bahan-bahan yang diperlukan kepada rakyatnya untuk menangani kesejukan, termasuk pakaian, bahan makanan dan juga arang batu.

Arang batu yang diberikan oleh maharaja amat diperlukan oleh rakyat ketika menggunakan relau. Maka, rakyat amat berterima kasih kepada baginda. Dengan itu, cerita "Xue Zhong Song Tan" ini juga disebarkan secara turun-temurun sebagai penghargaan kepada bantuan yang amat diperlukan yang diberikan dengan segera.

Pernahkah saudara mendengar cerita yang serupa ini? Jika ada, jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami dalam ruangan "Salam" 12 April 2013 nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China