Untuk membuktikan kepada maharaja, Jeneral Geng menarik tali busurnya dan membidiknya ke arah angsa liar itu. Selepas tali busur dilepaskan, kedengaran angsa liar itu berbunyi lantas jatuh ke bumi, malah mati di depan kedua-dua mereka. Maharaja merasa amat hairan dan memuji Jeneral Geng sebagai dewa pemanah. Geng memberitahu maharaja bahawa angsa liar itu jatuh bukan kerana betul-betul dipanah, tetapi akibat ia amat takut pada bunyi panah kerana baru cedera akibat dipanah sebelum ini.
Maharaja bertanya pula kenapa Jeneral Geng tahu angsa liar itu cedera. Geng menjawab bahawa ini kerana angsa liar itu terbang agak rendah dan bunyinya juga kedengaran lemah dan sayu jika berbanding angsa liar yang lain.
Peribahasa "Jing Gong Zhi Niao" menggambarkan orang amat takut pada suatu kerana pernah mengalami kerugian atau menderita akibatnya.
Pernahkah saudara mendengar cerita yang serupa ini? Jika ada, jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami dalam ruangan "Salam" 26 April 2013 nanti.