WeChat ialah perisian perbualan telefon bimbit percuma yang dicipta dan dikendali oleh Syarikat Tencent China. Berbanding dengan perisian biasa, WeChat mempunyai dua kelebihan ketara. Pertama, ia boleh dipasang dalam telefon bimbit atau alat-alat mudah alih seperti ipad. Kedua, perbualan dalam WeChat lebih kurang sama dengan telefon kerana para pengguna boleh meninggalkan pesanan suara kepada kawan-kawan. Selain itu, WeChat boleh dimuat turun, dipasang dan diguna secara percuma.
Sebaik sahaja dilancarkan, WeChat telah berjaya menarik sebanyak kira-kira 300 juta pengguna dalam tempoh dua tahun sehingga menjadikannya produk internet yang paling cepat meningkat jumlah penggunanya di China.
Pada hari-hari kebelakangan ini, khabar angin bahawa WeChat bakal kenakan bayaran amat merisaukan ramai pengguna. Patutkah WeChat kenakan bayaran? Perbincangan tentang topik ini menjadi hangat.
Menurut penjelasan tokoh dari bidang telekomunikasi internet, operasi WeXin perlu banyak menggunakan saluran isyarat, situasi ini berkemungkinan besar melumpuhkan internet. Inilah faktor objektif yang menuntut WeChat kenakan bayaran atas penggunaan saluran isyarat itu. Tetapi ada pendapat yang menentang asalan tersebut. Menurutnya, contoh-contoh negara lain telah membuktikan bahawa risiko kelumpuhan internet akibat kesesakan saluran isyarat perlu diselesaikan melalui inovasi teknologi dan pembinaan keupayaan asas tersendiri, dan bukannya dengan mengenakan bayaran bagi penggunaan saluran isyarat. Lagipun, menurut pandangan pihak penentang, tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa penggunaan saluran isyarat oleh WeChat telah mengakibatkan internet menjadi lembap.
Para pengguna pasti tidak berharap dikenakan bayaran untuk menggunakan perkhidmatan WeChat. Menurut hasil sebuah soal selidik melalui laman web Xinhua China, 85.8% pengguna menyatakan mereka tidak akan terus menggunakan WeChat sekiranya ia mengenakan bayaran, manakala 6.3% pula menyatakan mereka mungkin akan terus menggunakan WeChat asalkan bayaran itu tidak berapa mahal. Namun, pengguna yang jelas menyatakan akan terus menggunakan WeChat walaupun ia tidak lagi percuma hanya 1.3%. Pada hakikatnya, memang terdapat banyak perisian yang lebih kurang sama fungsinya dengan WeChat dan juga percuma, jadi para pengguna tiada masalah memilih pengganti WeChat.
Pada waktu yang sama, pihak pembangun perisian internet juga menyokong WeChat kenakan bayaran kerana keuntungan yang diperolehi itu dapat digunakan untuk menjalankan penerokaan produk dan teknologi yang baharu.
Sebenarnya, sama ada bayaran patut dikenakan atau tidak perlu ditentukan oleh kelaziman pasaran ekonomi. Jalan yang menjamin keuntungan kepada pelbagai pihak masih perlu dicari dan diterokai pada masa akan datang.
Topik ini akan dibualkan dalam ruangan Suara Sutera pada 15 Mei 2013 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn