Cari:
Benarkah Mi Segera Punca Kanser?
2013-05-21 10:40:02 CRI Cetak

Seorang mahasiswi berumur 24 tahun dari provinsi Heilongjiang, China pernah makan mi segera dengan berterusan selama sebulan sebelum menduduki peperiksaan. Setelah berasa perutnya sakit, beliau membuat pemeriksaan di hospital, dan disahkan menghidap penyakit kanser perut tahap lewat.

Sebelum ini, telah banyak tersebar khabar angin seperti "mi segera mengakibatkan membran lilin terbentuk pada permukaan dinding perut", atau "organ hati memerlukan 32 hari untuk menapis toksin daripada satu bungkus mi segera". Tetapi benarkah mi segera boleh mengakibatkan kanser?

Kanser perut merupakan jenis kanser yang keempat paling biasa di seluruh dunia. Di China, pesakit kanser perut semakin hari semakin muda. Menurut statistik, kadar pesakit di bawah umur 30 tahun telah meningkat daripada 1.7% pada tahun 1970-an kepada 3.3% kini. Antaranya, kebanyakannya adalah wanita. Menurut hasil penyelidikan, kanser perut tumbuh dengan perlahan-lahan dan biasanya memakan masa 3 hingga 4 tahun. Namun, kanser perut antara kanser yang tidak mudah dikesan kerana tiada tanda-tanda yang ketara pada peringkat awal.

Antara desas-desus tentang mi segera, yang pertama ialah mi segera mengandungi "acrylamide" iaitu sejenis bahan yang boleh mengakibatkan kanser.

Secara puratanya, terdapat kira-kira 15 hingga 80 mikrogram "acrylamide" dalam sekilogram mi segera. Bagaimanapun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) , belum diketahui sama ada "acrylamide" benar-benar akan menyebabkan kanser.

Kedua, mi segera mengandungi BHT yang juga berkemungkinan mengakibatkan kanser. Sebenarnya BHT ialah jenis bahan antioksida. Menurut WHO, 20 mikrogram BHT sehari bagi orang dewasa adalah selamat.

Mi segera sentiasa dicela sebagai "makanan sampah yang tiada khasiat". Pada hakikatnya, mi segera sama seperti mi biasa yang bukannya "tiada khasiat langsung" cuma khasiatnya satu jenis sahaja kerana hanya makanan berkanji. Maka, sekiranya kita cuma makan mi segera untuk masa yang lama, khasiat yang diperolehi tidak seimbang sehingga boleh menjejaskan kesihatan kita.

Topik ini akan dibualkan dalam ruangan Suara Sutera pada 29 Mei 2013 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China