Cari:
Jom! Lawat Ekspo Taman Antarabangsa China di Beijing
2013-05-28 10:06:47 CRI Cetak

Ekspo Taman Antarabangsa (Beijing) China ke-9 telah dirasmikan pada 18 Mei lalu. Ekspo yang akan berlangsung pada 18 Mei hingga 18 November ini, merupakan satu lagi temasya peringkat negara anjuran Beijing yang berlangsung paling lama dan bersaiz paling besar selepas Sukan Olimpik.

Tapak ekspo ini yang diubahsuai daripada tapak pelupusan sampah, meliputi kawasan seluas 513 hektar, iaitu hampir dua kali ganda Istana Musim Panas. Sebanyak 128 taman pameran akan dibuka kepada orang awam, termasuk taman pameran antarabangsa yang akan mempamerkan taman bergaya Islam dan Eropah.

Sebanyak 37 buah bandar dan agensi dari 29 negara telah membina 34 buah taman pameran untuk ekspo ini.

Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan Suara Sutera pada 5 Jun nanti agar mengetahui lebih banyak tentang Ekspo Taman Antarabangsa China di Beijing ini. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China