Cari:
Salam: "Kereta Api untuk Penemuan" di Prague
2013-05-30 11:21:50 CRI Cetak

Badan perkhidmatan pengangkutan awam Prague, ibu negara Republik Czech baru-baru ini mengumumkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan kereta api bawah tanah yang khusus untuk pemuda-pemudi yang bujang. "Kereta api untuk penemuan" itu bertujuan memberikan peluang kepada pemuda-pemudi untuk mengenali satu sama lain dan mencari jodoh. Menurut kerajaan tempatan, langkah itu juga untuk menggalakkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam demi mengatasi kesesakan lalu lintas yang agak serius di kawasan bandar Prague.

Kereta api itu yang akan dirasmikan pada tahun ini, mendapat sambutan baik daripada masyarakat awam, khususnya golongan pemuda yang masih bujang.

Apa pandangan saudara pendengar mengenai "kereta api untuk penemuan" itu? Apakah cara itu boleh membantu pemuda-pemudi mencari jodoh? Sudikah saudara sendiri menaiki kereta api itu?

Cerita menarik ini akan disiarkan dalam ruangan Salam pada 7 Jun 2013 nanti bersama dengan segmen lain seperti "Minggu Ini Dalam Sejarah" dan "Tokoh Terkenal di China". Sekiranya saudara ingin tinggalkan pesanan kepada kami atau saudara pendengar yang lain, jangan malu-malu, hantarlah emel kepada alamat mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China