Cari:
Pesta Duan Wu
2013-06-04 12:10:36 CRI Cetak

Pesta Duan Wu juga dikenali sebagai Pesta Perahu Naga dan Pesta Ketupat. Aktiviti perlumbaan perahu sentiasa diadakan sempena pesta tersebut, manakala jenis makanan ringan yang mirip ketupat Melayu pasti dimakan pada hari Pesta Duan Wu.

Pesta Duan Wu merupakan hari perayaan tradisional China dan biasanya jatuh pada 5 Mei menurut kalendar imlek China. Rakyat China merayakan Pesta Duan Wu untuk memperingati seorang bangsawan pada Zaman Negeri-Negeri Berperang, iaitu Qu Yuan (340-278 SM).

Pesta Duan Wu pada tahun ini jatuh pada 12 Jun nanti. Tiga hari berturut-turut dari 10 hingga 12 Jun merupakan cuti umum Pesta Duan Wu di China. Rancangan itimewa melibatkan Pesta Duan Wu akan disiarkan dalam Suara Sutera pada hari Rabu minggu depan. Saudara dialu-alukan mengikuti rancangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China